ANNOUNCEMENT/PENGUMUMAN (29TH JUNE 2025) – SOLEMNITY OF SS. PETER AND PAUL, APOSTLES YEAR C

  • BM
  • EN

Jualan Sarapan Pagi & Makan Tengahari
(Untuk Dana Pengubahsuaian Gereja)
Jualan sarapan dan makan tengahari ini akan dikendalikan oleh CWL & CNG. Sokongan berterusan anda kepada jualan ini amatlah dihargai.

Pembaptisan Bayi:
Akan diadakan pada 05 Julai 2025 (Sabtu), jam 10.00 pagi. Sebelum itu, ibubapa dan penanggung wajib hadir katekesis pembaptisan bayi yang akan diadakan pada 02 Julai 2025 (Rabu), jam 7.30 malam bertempat di dalam Gereja.
Sila daftar di pejabat Gereja sebelum tarikh tutup 30 Jun 2025 (Isnin). Borang boleh didapati di pintu pejabat Gereja.

Kursus Pra-Perkahwinan:
Untuk pasangan yang merancang untuk berkahwin, kursus ini akan diadakan pada 24–25 Julai 2025 (Khamis–Jumaat, jam 7.30 malam hingga 10.30 malam) dan pada 26 Julai 2025 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Sila daftar di pejabat Gereja sebelum tarikh tutup 21 Julai 2025 (Isnin). Borang juga boleh didapati di pintu pejabat Gereja.

Walk for Jesus:
Gereja kita akan menganjurkan acara Walk for Jesus pada 24 Ogos 2025 (Ahad), jam 4.00 petang. Perjalanan akan bermula dan berakhir di perkarangan Gereja kita.
Tiada pendaftaran diperlukan, tetapi peserta dikehendaki memakai t-shirt Walk for Jesus yang berharga RM20.00 dan dijual di Kedai Buku Gereja. Stok t-shirt ini adalah terhad.

Ziarah Tahun Jubli Harapan:
Sempena Tahun Jubli Harapan 2025, Majlis Pastoral Paroki akan menganjurkan ziarah ke 5 pusat ziarah di Keuskupan Agung Kota Kinabalu dari 19 hingga 23 Oktober 2025.
Ziarah ini terbuka kepada semua umat dan terhad kepada 80 orang sahaja. Kaunter pendaftaran dibuka di luar pintu masuk Gereja sebelum dan selepas misa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jenny Teo (019-8614388).

Breakfast & Lunch Sale (for Church Renovation Fund):
The breakfast and lunch sale for this Sunday will be by TCWL & CNG. Please continue to give your generous support.

Baby Baptism:
Will be held on 05 Jul 2025 (Saturday) at 10:00 AM. Catechesis, which is compulsory for parents and godparents, will be held on 02 Jul 2025 (Wednesday) at 7:30 PM in church. Please register at the parish office before the closing date on 30 Jun 2025 (Monday). Forms are available at the church office door.

Pre-Marriage Course:
There will be a Pre-Marriage Course from 24–25 Jul 2025 (Thursday–Friday, 7:30 PM to 10:30 PM) and on 26 Jul 2025 (Saturday, 8:00 AM to 4:00 PM). Couples planning to get married may register at the parish office before 21 Jul 2025 (Monday). Registration forms are also available at the church office door.

Walk for Jesus:
Our church will host the Inter-Church Walk for Jesus event on 24 Aug 2025 (Sunday) at 4:00 PM. The walk will begin and end in our church compound. There will be no registration, but participants are required to wear the “Walk for Jesus” T-shirt, which is now on sale for RM20.00 at the Church Bookstore (stock is limited).

Jubilee Year of Hope Pilgrimage:
In conjunction with the Jubilee Year of Hope 2025, the Parish Pastoral Council will be organising a pilgrimage to five pilgrimage centres in the Archdiocese of Kota Kinabalu from 19–23 October 2025. This pilgrimage is open to all parishioners and is limited to 80 people only. The registration counter is open outside the church entrance before and after Mass. For more information, please contact Jenny Teo (019-8614388).