BM
EN
Misa Harian:
Dimaklumkan bahawa tiada Misa Harian pada 13 dan 14 Januari 2026.
Misa Harian pada 15 Januari 2026 akan diadakan pada jam 7.30 malam.
Sekolah Minggu 2026 dan Hari Keluarga Paroki:
Taklimat untuk ibu bapa, para pelajar dan katekis pembimbing akan diadakan di dalam Gereja selepas selesai Misa BM minggu ini.
Selepas taklimat, semua umat dijemput ke Dewan Cuarteron untuk bersama-sama merayakan Hari Keluarga Paroki. Makan tengah hari akan disediakan.
Ibu bapa yang ingin memberikan hadiah Krismas kepada anak-anak semasa sambutan ini diingatkan supaya menulis nama anak dengan jelas pada hadiah tersebut.
Sekolah Minggu Tahun 2026:
Kelas Sekolah Minggu bagi semua bahasa akan bermula pada 18 Januari 2026.
Pembaharuan Komitmen dan Pengutusan:
Pembaharuan Komitmen dan Pengutusan para katekis pembimbing, ibu bapa, para pelajar dan komuniti paroki akan diadakan pada 24 Januari 2026 (Misa Senja) dan 25 Januari 2026 (Misa Ahad).
Kursus Pra-Perkahwinan:
Kursus Pra-Perkahwinan untuk pasangan yang merancang untuk berkahwin akan diadakan pada:
• 22 – 23 Januari 2026 (Khamis & Jumaat): 7.30 malam – 10.30 malam
• 24 Januari 2026 (Sabtu): 8.00 pagi – 4.00 petang
Pasangan yang berminat diminta mendaftar di pejabat gereja sebelum 17 Januari 2026 (Sabtu). Borang pendaftaran boleh didapati di pintu pejabat gereja.
Pembaptisan Bayi:
Pembaptisan Bayi akan diadakan pada 14 Februari 2026 (Sabtu) jam 10.00 pagi.
Katekesis Pembaptisan Bayi yang wajib dihadiri oleh ibu bapa dan penanggung akan diadakan pada 11 Februari 2026 (Rabu) jam 7.30 malam bertempat di dalam Gereja.
Sila mendaftar di pejabat gereja sebelum tarikh tutup pada 07 Februari 2026 (Sabtu). Borang boleh didapati di pintu pejabat gereja.
Daily Mass:
Please be informed that there will be no Daily Mass from 13 to 14 January 2026.
The Daily Mass on 15 January 2026 will be celebrated at 7.30pm instead of 6.00am.
2026 Sunday School & Parish Family Day:
A briefing for parents, students, and catechists will be held this Sunday in the Church immediately after the BM Mass. Attendance is required.
After the briefing, all are invited to the Cuarteron Hall for our Parish Family Day celebration, where lunch will be provided.
Parents who wish to give Christmas gifts to their children during this celebration are reminded to write their child’s name clearly on the gift.
2026 Sunday School:
Classes for all language groups will commence on 18 January 2026.
Renewal of Commitment & Commissioning of Catechists, Parents, Students & Parishioners:
This will be held on 24 January 2026 during the Sunset Mass, and during the Sunday Masses on 25 January 2026.
Pre-Marriage Course:
A Pre-Marriage Course will be conducted on:
• 22 – 23 January 2026 (Thursday & Friday): 7.30pm – 10.30pm
• 24 January 2026 (Saturday): 8.00am – 4.00pm
Couples planning to get married are required to register at the parish office before 17 January 2026 (Saturday). Registration forms are available at the church office door.
Baby Baptism:
Baby Baptism will be held on 14 February 2026 (Saturday) at 10.00am.
Compulsory Baptism Catechesis for parents and godparents will take place on 11 February 2026 (Wednesday) at 7.30pm in the Church.
Please register at the parish office before the closing date of 07 February 2026 (Saturday). Forms are available at the church office door.

