BM
EN
Jualan Sarapan Pagi & Makan Tengahari tidak diadakan minggu ini.
Misa Harian: Memandangkan Fr Thomas masih berada di Sibu, misa harian hanya akan diadakan semula pada 16 Sep 26.
Karnival Pengumpulan Dana dan Hari Terbuka SM St Anne akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Sep 26. Jualan kupon untuk acara ini akan diadakan di pintu masuk gereja sebelum dan selepas setiap Misa. Umat digalakkan untuk memberikan sokongan kepada inisiatif pengumpulan dana ini.
Perayaan Kesyukuran 3 Dalam 1: Kita akan merayakan jamuan kesyukuran Hari Malaysia, Hari Kemerdekaan Indonesia serta Hari Migran dan Perantau Sedunia pada 20Sep26 di Dewan Serbaguna sejurus selepas doa Angelus. Semua umat digalakkan untuk menyertai jamuan secara “potbless” ini sebagai tanda perpaduan dalam kepelbagaian di paroki kita. Sila bawa alat peralatan makan (piring, sudu, cawan) sendiri dan 1 jenis makanan untuk dikongsikan. Umat juga digalakkan untuk memakai pakaian tradisional atau pakaian kebudayaan masing-masing.
Seminar Pemantapan Kerohanian Dalam Perkahwinan akan diadakan pada 25 Sep hingga 27 Sep 26 bertempat di Dewan Serbaguna Blessed Sacrament Labuan. Seminar ini akan dikendalikan oleh Komisi Kehidupan Keluarga Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan terbuka kepada pasangan suami isteri yang telah menerima Sakramen Perkahwinan 5 tahun dan ke atas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Felicia Mojilon 019 5314482 atau Darren Yeo 013 8880182.
Breakfast & lunch sale: Please be advised there will be no sales this Sunday.
Daily Mass: As Fr Thomas is still in Sibu, daily mass will only resume on 16Sep26.
SM St Anne’s Fundraising Carnival and Open Day: Coupons for these events, to be held on Saturday, 26Sep26, will be available for sale at the church entrance before and after each Mass. We warmly encourage parishioners to support this fundraising initiative.
3 in 1 Thanksgiving Celebration: We will celebrate Malaysia Day and Indonesia’s Independence Day as well as World Day of Migrants and Refugees on 20Sep26 at the Multi Purpose Hall immediately after the Angelus prayer. All are encouraged to join in this potbless fellowship as a sign of unity in diversity in our parish. Do bring your own cutlery (plate, cup, spoon) and a dish to share. Parishioners are also encouraged to wear their traditional costumes.
Seminar on Spiritual Enrichment In Marriage will be held from 25 to 27Sep26 at the Blessed Sacrament Labuan Multi-Purpose Hall. The seminar will be conducted by the Family Life Commission, Archdiocese of Kota Kinabalu and is open to married couples who have received the Sacrament of Matrimony for five years or more. For enquiries, please contact Felicia Mojilon 019 5314482 or Darren Yeo 013 8880182.

