ANNOUNCEMENT/PENGUMUMAN (09TH FEBRUARY 2025) – 5TH SUNDAY IN ORDINARY TIME, YEAR C

  • BM
  • EN

Pembaptisan Bayi

Akan diadakan pada 15 Feb 2025 (Sabtu), jam 9:00 pagi. Sebelum itu, ibubapa dan penanggung wajib hadir katekesis pembaptisan bayi yang akan diadakan pada 12 Feb 2025 (Rabu), jam 7:30 malam bertempat di dalam gereja.

Sila daftar di pejabat gereja sebelum tarikh tutup 10 Feb 2025 (Isnin). Borang boleh didapati di pintu pejabat gereja.


Kursus Pra-Perkahwinan

Untuk pasangan yang merancang untuk berkahwin, kursus ini akan diadakan pada 13–15 Februari 2025 dengan jadual berikut:

  • Khamis & Jumaat: 7:30 PM – 10:30 PM
  • Sabtu: 8:00 AM – 4:00 PM

Sila daftar di pejabat gereja sebelum tarikh tutup pada 10 Feb 2025 (Isnin). Borang kursus boleh didapati di pintu pejabat gereja.


Sekolah Minggu Tahun 2025

Sila maklum bahawa taklimat untuk ibubapa, para pelajar, dan katekis pembimbing yang dijadualkan pada 16 Februari 2025 telah ditangguhkan ke 2 Mac 2025.

Ibubapa, para pelajar, dan katekis pembimbing sila ambil perhatian.


Jalan Laluan ke Dewan Cuarteron dan Kawasan Sekitarnya

Sila maklum bahawa sepanjang pembinaan bangunan baharu gereja kita, jalan laluan ke Dewan Cuarteron dan kawasan bilik-bilik kelas sekitarnya akan melalui jalan belakang Dewan Serbaguna.

Semua ibubapa sila ambil perhatian terhadap perubahan laluan ini agar dapat memimpin anak-anak anda ke kelas mereka masing-masing.

Sehubungan dengan itu, ibubapa diminta memastikan anak-anak tidak membuat bising semasa berjalan ke kelas masing-masing, terutama ketika Misa Kudus sedang berlangsung, bagi menghormati suasana doa.

Kerjasama ibubapa dalam perkara ini amatlah diharapkan.

Terima kasih kerana memahami dan memberikan kerjasama dalam usaha memajukan kemudahan paroki kita.

Baby Baptism:
Will be held on 15 Feb 2025 (Saturday) at 9:00 AM. Catechesis, which is compulsory for Parents and Godparents, will be held on 12 Feb 2025 (Wednesday) at 7:30 PM in church.

Please register at the parish office before the closing date on 10 Feb 2025 (Monday). Forms are available at the church office door.


Pre-Marriage Course:
Will be held from 13–15 Feb 2025 for couples planning marriage. The timing is as follows:

  • Thursday & Friday: 7:30 PM – 10:30 PM
  • Saturday: 8:00 AM – 4:00 PM

Please register at the parish office before 10 Feb 2025 (Monday). Registration forms are available at the church office door.


2025 Sunday School:
Please be advised that the Briefing for Parents, Students, and Catechists scheduled for 16 Feb 2025 has been postponed to 02 Mar 2025.

Parents, students, and catechists, please take note.


Access to Cuarteron Hall and Surrounding Areas:
Please be advised that during the construction of our new church, the route to Cuarteron Hall and the surrounding classrooms will be via the back of the Multi-Purpose Hall.

We ask all parents to take note of this change and to guide your children to their respective classes during this time.

Additionally, we request parents to ensure their children observe silence while walking to their classes, especially during Mass. Your cooperation in minimizing noise will help us maintain a respectful atmosphere for worship.

Thank you for your understanding and support as we work towards enhancing our parish facilities.