BM
EN
Jualan Sarapan Pagi & Makan Tengahari (untuk Dana Pengubahsuaian Gereja): Sila maklum bahawa jualan sarapan pagi dan makan tengahari akan ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang bulan Ogos 2025. Jualan akan diadakan semula pada 07Sep25.
Misa Kudus Pengangkatan Bonda Maria Ke Syurga: Misa Vigil akan diadakan pada 14Ogos (Khamis) jam 7.30pm dalam dwibahasa. Pada 15Ogos (Jumaat), Misa akan diadakan pada jam 6.00am.
Bazar Mengumpul Dana Untuk Tabung Pembangunan Gereja: akan diadakan pada minggu ini, 10 Ogos 2025 bermula pada 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Kawasan gereja kita. Di samping jualan pelbagai makanan dan minuman, terdapat juga “mini fun-fair” dengan permainan menarik, kuiz dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak mengikut kategori umur. Sila galakkan anak-anak untuk mengambil bahagian dan sila bawa alat mewarna masing-masing. Pemenang akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Kupon masih ada dijual semasa bazar.
Program Perjalanan Salib: Pada 12 Ogos 2025 (Selasa), jam 5.45 petang, umat adalah dikehendaki untuk berkumpul di kawasan tempat letak kereta untuk mengalu-alukan ketibaan Salib. Seterusnya, perarakan masuk ke dalam gereja dan diikuti dengan Misa Kudus pada jam 7.00 malam dalam dwibahasa. Selepas Misa, jamuan secara ‘potbless’ akan diadakan di kantin. Semua umat digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Sila bawa peralatan makan (piring, sudu, cawan) sendiri dan makanan untuk dikongsikan. Salib ini akan berada di Labuan selama seminggu dan terdapat aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh kumpulan ministri dan kerasulan. Sila rujuk papan kenyataan gereja untuk maklumat lanjut.
Pendaftaran Tadika St. Anne Tahun 2026: Pendaftaran kini dibuka untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2020, 2021 dan 2022. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Tadika St. Anne 016-5851949 atau 087-414049.
Walk for Jesus: Gereja kita akan menganjurkan acara ‘Walk for Jesus’ pada 24 Ogos 2025 (Ahad), jam 4 petang. Perjalanan akan bermula dan berakhir di perkarangan Gereja kita. Tidak ada pendaftaran untuk acara ini tetapi peserta dikehendaki memakai t-shirt ‘Walk for Jesus’.
Breakfast & lunch sale (for church renovation Fund):
Please be advised there will be no breakfast and lunch sales throughout the Month of August. Sales will resume on 07Sep25.
Solemnity of the Assumption of The Blessed Virgin Mary:
Vigil Mass will be held on 14Aug (Thursday) at 7.30pm in Bilingual.
On 15Aug, Mass will be as usual at 6am.
Fund Raising Bazaar in Aid of Church Renovation Fund:
Will be held this Sunday, 10Aug 2025 from 9.00am to 3.00pm at our church compound. Besides a huge variety of food and drinks to be sold during our fund raising Bazaar, there will also be a mini funfair with interesting games, quizzes and colouring competition for children of different age groups. Do encourage your children to participate and please bring your own colour pencils / pens. Winners will bring home interesting prizes. Coupons will still be on sale during the Bazaar.
Journey of the Cross programme:
To welcome the Cross, parishioners are requested to gather at the car park area by 5.45pm on 12Aug. This will be followed by a simple procession to church and Holy Mass at 7.00pm in bilingual. After mass, there will be a potbless fellowship at the Canteen. We encourage all parishioners to participate in these activites. For the potbless, do bring your own utensils and a dish to share. The Cross will remain in Labuan for one week and during this time, there will be activities organized for respective ministry and group. Please refer to the notice board for more information on this.
St. Anne’s Kindergarten Registration for 2026:
Registration is now open for children born in 2020, 2021 and 2022. To register and for further information, please contact St. Anne Kindergarten office number 016-5851949 or 087-414049.
Walk for Jesus:
Our Church will host the Inter-church walk for Jesus Event on 24Aug25 (Sunday) at 4pm. The walk will begin and end in our Church compound. No registration is require but participants are required to wear the Walk for Jesus T-shirt.

