ANNOUNCEMENT/PENGUMUMAN (22ND SEPTEMBER 2024) – 25TH SUNDAY IN ORDINARY TIME, YEAR B

  • BM
  • EN

JUALAN SARAPAN PAGI & MAKAN TENGAHARI (UNTUK DANA PENGUBAHSUAIAN GEREJA):

Jualan sarapan dan makan tengah hari ini akan dikendalikan oleh CWL & CNG. Sokongan berterusan anda kepada jualan ini adalah amat dihargai.

Hari Migran Dan Perantau Sedunia Ke-110

Peringkat Paroki akan dirayakan pada 29 September 2024 dalam Misa BM pada jam 10.00 pagi. Semua umat digalakkan memakai pakaian tradisional.

Perayaan Kesyukuran 3 Dalam 1

iaitu (1) Perayaan Hari Migran Dan Perantau Sedunia Ke-110, (2) Kesyukuran Hari Malaysia, dan (3) Kesyukuran Kemerdekaan Indonesia Ke-79 akan diadakan pada 29 September 2024, jam 2pm – 6pm bertempat di Dewan Cuarteron. Semua umat dijemput dan sila bawa piring, sudu, dan gelas masing-masing. Penyertaan semua dalam perayaan ini amatlah dihargai dan menjadi tanda perpaduan dalam kepelbagaian dalam paroki kita.

PEMBAPTISAN BAYI:

Akan diadakan pada 28 Sept 2024 (Sabtu), jam 9.00 pagi. Sebelum itu, ibubapa dan penanggung wajib hadir katekesis pembaptisan bayi yang akan diadakan pada 25 Sept 2024 (Rabu), jam 7.30 malam bertempat di dalam Gereja.

KURSUS KONVALIDASI PERKAHWINAN:

Akan diadakan pada 28 Sept 2024 (Sabtu) bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin tetapi perkahwinan belum diberkati di Gereja digalakkan mengikuti kursus ini. Borang kursus boleh didapati di pejabat Gereja dan tarikh tutup ialah pada 25 Sept 2024.

RETRET KELUARGA OLEH KONGREGASI SISTER PUTRI KARMEL & BROTHER CSE DARI PERTAPAAN KARMEL, KAINGARAN, TAMBUNAN:

Akan diadakan pada 25-27 Oktober 2024. Yuran ialah RM25 (Dewasa) dan RM15 (Pelajar). Suami isteri, ibubapa, para pelajar, ahli-ahli Kumpulan Ministri & Kerasulan, dan semua umat digalakkan menyertai Retret ini. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila berhubung dengan Felicia (019-5314482) dan Lydia (019-8806074).

PROGRAM AMAL BERJALAN ATAU BERLARI UNTUK MISI 2024:

Majlis Pastoral Paroki Labuan akan mengadakan Program Amal Berjalan atau Berlari Untuk Misi 2024 pada 17 November 2024 (Ahad), jam 3 petang hingga 8.30 malam untuk tujuan mengutip dana untuk tabung pengubahsuaian bangunan gereja. Tema program ini ialah ‘Hidup adalah Misi’. Di samping itu, jualan makan malam dan persembahan juga akan diadakan selepas selesai acara larian / berjalan kaki. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada papan kenyataan, FB gereja, atau http://mission.cbslabuan.my/

BREAKFAST & LUNCH SALE (FOR CHURCH RENOVATION FUND):

The breakfast and lunch sale for this Sunday will be by CWL & CNG. Please continue to give your generous support.

The 110th World Day of Migrants & Refugees Parish Level:

Will be celebrated on 29 Sep 2024 during the BM Mass at 10 am. All are encouraged to wear their traditional costumes.

3 in 1 Thanksgiving Celebration:

For (1) The 110th World Day of Migrants & Refugees, (2) Malaysia Day, and (3) Indonesia’s 79th Independence Day will be held on 29 Sep 2024 from 2 pm – 6 pm at Cuarteron Hall. All are welcome, and please bring your own cutlery (plates, glass & spoons). Your participation in this celebration is much appreciated and a sign of unity in diversity in our parish.

BABY BAPTISM:

Will be held on 28 Sep 2024 (Saturday) at 9 am. Catechesis, which is compulsory for parents and godparents, will be held on 25 Sep 2024 (Wednesday) at 7.30 pm in the church. Please register at the parish office before the closing date on 23 Sep 2024 (Monday). Forms are available at the church office door.

MARRIAGE CONVALIDATION COURSE:

Will be held on 28 Sep 2024 (Saturday) from 8 am to 4 pm. Couples whose marriages are yet to be blessed are encouraged to register at the parish office by 25 Sep 2024. Registration forms are available at the church office door.

FAMILY RETREAT BY SISTERS OF CARMEL & BROTHER CSE FROM CARMELITE HERMITAGE, KAINGARAN, TAMBUNAN:

To be held from 25-27 October 2024. The fees are RM25 (Adult) and RM15 (Student). Husbands and wives, parents, students, members of Group Ministries & Apostolates, and all parishioners are encouraged to join this retreat. For enquiries and registration, please get in touch with Felicia (019-5314482) and Lydia (019-8806074).

MISSION RUN/WALK 2024:

Labuan Parish Pastoral Council is organizing Mission Run/Walk 2024 on 17 November 2024 (Sunday), from 3 pm to 8.30 pm, to raise funds for the renovation of the church building. The theme for the event is “Life is a Mission.” There will be dinner sales and performances too. Please refer to the Church notice board, FB page, or http://mission.cbslabuan.my/ for event details.