BM
EN
Jualan Sarapan Pagi & Makan Tengahari (untuk Dana Pengubahsuaian Gereja)
Jualan sarapan dan makan tengahari ini akan dikendalikan oleh Family Life, CCR, PKK & GAG. Sokongan berterusan anda kepada jualan ini amatlah dihargai.
Sumbangan bahan-bahan mentah untuk kegunaan bazar:
Banyak bahan-bahan mentah yang akan diperlukan untuk penyediaan makanan bazar kita pada 10 Ogos 2025. Untuk meringankan beban penyediaan bahan-bahan mentah oleh pelbagai kumpulan kerasulan dan ministri, pihak gereja memohon sumbangan Ikhlas bahan-bahan mentah daripada umat. Senarai bahan-bahan mentah yang diperlukan ada dipaparkan di papan kenyataan gereja. Untuk pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Alice Liau (0138642437) di pejabat paroki.
Program Perjalanan Salib
Perjalanan Salib telah dilancarkan semasa Hari Belia Katolik Malaysia (MCYD) pada 3 April 2025 di mana sebuah salib kayu dipisahkan menjadi sembilan salib yang lebih kecil. Ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk Konvensyen Pastoral Malaysia yang akan berlangsung pada bulan September 2026, pertemuan pertama kesembilan keuskupan di negara kita, di mana 9 Salib akan disatukan semula sebagai satu semasa konvensyen tersebut.
Sukacita diumumkan bahawa untuk Keuskupan Agung Kota Kinabalu, paroki kita menjadi paroki pertama yang akan menerima Salib ini pada 12 Ogos 2025 dan Salib ini akan berada di paroki kita sehingga 23 Ogos 2025 sebelum meneruskan perjalanannya ke Papar.
Program seterusnya yang berpusatkan kepada Penghormatan Salib ini akan dimaklumkan kemudian.
Pendaftaran Tadika St. Anne Tahun 2026:
Pendaftaran kini dibuka untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2020, 2021 dan 2022. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Tadika St. Anne 016-5851949 atau 087-414049.
Walk for Jesus:
Gereja kita akan menganjurkan acara ‘Walk for Jesus’ pada 24 Ogos 2025 (Ahad), jam 4 petang. Perjalanan akan bermula dan berakhir di perkarangan Gereja kita. Tidak ada pendaftaran untuk acara ini tetapi peserta dikehendaki memakai t-shirt ‘Walk for Jesus’ yang berharga RM20 yang ada dijual di kedai buku Gereja dan Stok t-shirt ini adalah terhad.
Breakfast & lunch sale (for church renovation Fund):
The breakfast and lunch sale for this Sunday will be by Family Life, CCR, PKK & GAG. Please continue to give your generous support.
Calling for contributions for raw materials:
A lot of raw materials will be required for the food preparation for our bazaar on 10Aug25. In order to lighten the burden of the various groups, ministries and Apostolates, we appeal for your kind contributions in terms of raw materials. The list of items is posted in the church notice board. For further information you can contact the parish office, Alice Liau (0138642437).
Journey of the Cross programme
The Journey of the Cross or Perjalanan Salib was launched during the Malaysian Catholic Youth Day (MCYD) on 03Apr25 where the separation of a wooden cross into nine smaller ones took place. This is part of the preparation for the Malaysian Pastoral Convention in that will take place in September 2026, the first ever gathering of all nine dioceses in our country. The 9 Crosses will be reunited as one during this convention.
We are pleased to announce that for Diocese of Kota Kinabalu, our Parish will be the first to receive the Cross on 12Aug25 and It will remain here until 23Aug25 before continuing Its journey to Papar.
A programme centering on the Veneration of the Cross will be announced at a later date.
St. Anne’s Kindergarten Registration for 2026:
Registration is now open for children born in 2020, 2021 and 2022. To register and for further information, please contact St. Anne Kindergarten office number 016-5851949 or 087-414049
Walk for Jesus:
Our Church will host the Inter-church walk for Jesus Event on 24Aug25 (Sunday) at 4pm. The walk will begin and end in our Church compound. There will be No registration but participants are required to wear the Walk for Jesus T-shirt which are now on sale at RM20.00 at the Church Bookstore and stock is limited.

