Gereja Blessed Sacrament Labuan Naib Johan Kejohanan Bolasepak Piala Solidarity

Kejohanan Bolasepak Piala Solidariti Keuskupan Agung Kota Kinabalu 2023 anjuran Paroki St. Peter, Kudat telah berlangsung pada 13 November 2023. Kejohanan yang melibatkan 21 buah pasukan termasuklah pasukan para Paderi (Alter Christus) yang disertai Yang Mulia Bapa Uskup Agung John Wong. 
 
Syukur! Syabas kepada Pasukan Bola Sepak Paroki Sakramen Mahakudus Labuan di atas kejayaan melakar sejarah meraih tempat ke-2 dalam Kejohanan Bolasepak Piala Solidariti Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Penyertaan pasukan bola sepak paroki untuk kali ke-2 tahun ini telah menunjukkan keputusan yang tidak dijangka berbanding keputusan tahun lalu yang hanya bertahan pada perlawanan peringkat kumpulan sahaja.
 
Pada tahun ini, paroki Labuan berada dalam Kumpulan D dan sepanjang kejohanan ini berlangsung, pasukan Labuan tidak kalah dalam sebarang perlawanan, hanya pada perlawanan akhir tewas kepada pasukan dari Paroki Holy Rosary Limbahau, Papar melalui tendangan penalti 4:2. Tahniah kepada Paroki Holy Rosary Limbahau yang telah menjadi juara Kejohanan Bolasepak Piala Solidariti Keuskupan Agung Kota Kinabalu 2023.

Tahun ini, setelah jemputan untuk pemilihan para pemain yang berminat telah dibuat, beberapa perlawanan persahabatan telah berlangsung untuk menguji komitmen dan kobolehan. Penampilan sebagai Tim Bolasepak Paroki Labuan tersebut memperlihatkan penglibatan hidup bermasyarakat yang sihat lagi cergas – tanggungjawab bersama.
 
Semangat setiakawan mereka secara tidak langsung mendorong sesama untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti gereja mahupun dalam usaha memperdalamkan pengetahuan iman peribadi terutamanya bagi mereka yang belum menerima Sakramen Penguatan. Ya kita semua perlu dorongan! Solidariti! Apa lagi dalam menghidupi janji-janji baptis sebagai terang dan garam dunia.
 
Paderi Paroki, Fr. Thomas Madanan berkata, “Sememangnya doa Novena, Rosari dan nyanyian lagu paroki – We will serve the Lord telah mengungkapkan komitmen dan usaha bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat.” Puji Tuhan! Paroki Labuan telah berjaya masuk ke perlawanan akhir pada tahun ini dan pemain pasukan ini iaitu Marvin Domingo juga telah dianugerahkan gelaran pemain terbaik pada kejohanan tersebut. Terima kasih atas pelayanan ikhlas dari semua khasnya atas pengurusan pasukan yang mantap.

Tim yang diiringi oleh semenerian Jerry bergambar bersama Uskup dlam Malam Solidariti 12Nov 2023, kudat
Bersama Fr Thomas, Semenerian Jerry dan Pengerusi PPC Madam Jocelyn pada 11hb Nov ( di kantin Gereja), felowship bersama pemain dan supporting Tim sebelum bertolak ke Kudat