ANNOUNCEMENT/PENGUMUMAN (20TH JULY 2025) – 16TH SUNDAY OF ORDINARY TIME YEAR C

  • BM
  • EN

Jualan Sarapan Pagi & Makan Tengahari (untuk Dana Pengubahsuaian Gereja)
Jualan sarapan dan makan tengahari ini akan dikendalikan oleh OFS, KI dan Divine Mercy.
Sokongan berterusan anda kepada jualan ini amatlah dihargai.

Doulos Hope
Seperti yang dimaklumkan minggu lalu, Tim Doulos Hope akan melawat paroki kita pada hari Rabu, 23 Julai 2025, jam 6.00 petang hingga 9.30 malam.
Semasa lawatan, tim mereka akan mengongsikan pengalaman dan juga persembahan kebudayaan.
Belia paroki kita dan kanak-kanak dari Tadika St. Anne juga akan membuat persembahan.
Semua umat digalakkan datang dan mengambil bahagian dalam fellowship ini yang akan diadakan secara “pot-blessed” di kantin paroki.
Sila bawa peralatan makan masing-masing (piring, sudu, cawan) dan satu hidangan untuk dikongsikan.

Legion of Mary
Our Lady of Nativity Praesidium Labuan dan Our Lady of Mercy Junior Praesidium Labuan akan mengadakan pengambilan ahli-ahli baru pada 19 dan 20 Julai 2025.
Umat adalah dialu-alukan untuk melawat kaunter pameran mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelayanan Legion of Mary.

Kursus Pra-Perkahwinan
Kursus ini untuk pasangan yang merancang untuk berkahwin, dan akan diadakan pada:
24–25 Julai (Khamis–Jumaat, jam 7.30 malam hingga 10.30 malam)
dan 26 Julai 2025 (Sabtu, jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang).
Sila daftar di pejabat gereja sebelum 21 Julai 2025 (Isnin).
Borang pendaftaran boleh didapati di pintu pejabat Gereja.

Sumbangan Bahan-Bahan Mentah untuk Kegunaan Bazar
Banyak bahan mentah diperlukan untuk penyediaan makanan sempena bazar pada 10 Ogos 2025.
Untuk meringankan beban kumpulan kerasulan dan ministri, pihak gereja memohon sumbangan ikhlas bahan mentah daripada umat.
Senarai bahan yang diperlukan dipaparkan di papan kenyataan gereja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Alice Liau (013-8642437) di pejabat paroki.

Walk for Jesus
Gereja kita akan menganjurkan acara “Walk for Jesus” pada 24 Ogos 2025 (Ahad), jam 4.00 petang.
Perjalanan akan bermula dan berakhir di perkarangan Gereja kita.
Tiada pendaftaran diperlukan, namun para peserta dikehendaki memakai t-shirt “Walk for Jesus” yang berharga RM20, dan boleh dibeli di kedai buku Gereja. Stok adalah terhad.

Breakfast & Lunch Sale (for Church Renovation Fund):
The breakfast and lunch sale for this Sunday will be organized by OFS, KI, and Divine Mercy. Please continue to give your generous support.

Doulos Hope:
As advised last week, the team from MV Doulos will be visiting our parish on Wednesday, 23rd July, from 6:00 PM to 9:30 PM. There will be an exchange of experiences from the team and also cultural performances. Our Youth and children from Tadika St. Anne will also be performing.
All parishioners are encouraged to come and participate. It shall be a pot-blessed fellowship at the Parish Canteen. Please bring your own utensils and a dish to share.

Legion of Mary:
Our Lady of Nativity Praesidium Labuan and Our Lady of Mercy Junior Praesidium Labuan will be conducting a Recruitment Drive on 19th and 20th July 2025.
Parishioners are welcome to visit both booths to learn more about the work of the Legion of Mary.

Pre-Marriage Course:
There will be a Pre-Marriage Course from 24th–25th July (Thursday–Friday, 7:30 PM to 10:30 PM) and on 26th July 2025 (Saturday, 8:00 AM to 4:00 PM).
Couples planning to marry may register at the parish office before Monday, 21st July 2025. Registration forms are available at the church office door.

Calling for Contributions for Raw Materials:
A lot of raw materials will be required for food preparation for our bazaar on 10th August 2025.
To lighten the burden of the various groups, ministries, and apostolates, we appeal for your kind contributions of raw materials. The list of needed items is posted on the church notice board.
For further information, please contact the parish office or Alice Liau (013-8642437).

Walk for Jesus:
Our church will host the Inter-church Walk for Jesus event on Sunday, 24th August 2025, at 4:00 PM.
The walk will begin and end in our church compound. There will be no registration, but participants are required to wear the official Walk for Jesus T-shirt, which is now on sale for RM20.00 at the Church Bookstore (limited stock available).